PERTANDINGAN RESENSI BUKU UNTUK WARGA KPM 2024

Sila rujuk paparan di bawah untuk maklumat lanjut:



SERTAI PERTANDINGAN RESENSI BUKU SEMPENA DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2024!

Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2024, Jawatankuasa Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku dan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan bangganya menganjurkan Pertandingan Resensi Buku 2024. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kritis dan penghargaan terhadap karya-karya bacaan dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh Pertandingan

1 Oktober 2024 - 20 Oktober 2024

Cara Penyertaan

Sediakan video resensi buku dalam Bahasa Melayu berdurasi 4-6 minit dan hantar melalui Google Form yang disediakan. Muat naik video tersebut di TikTok dengan tanda pagar #ResensiBukuKPM2024.

Hadiah Ditawarkan:

  • Tempat Pertama: RM700 + Baucar Buku + Sijil Penghargaan
  • Tempat Kedua: RM500 + Baucar Buku + Sijil Penghargaan
  • Tempat Ketiga: RM300 + Baucar Buku + Sijil Penghargaan
  • 7 Hadiah Saguhati: RM100 + Baucar Buku + Sijil Penghargaan

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai dan tonjolkan kreativiti anda dalam mengulas buku. Semua warga KPM dialu-alukan untuk mengambil bahagian.


Imbas kod QR untuk pendaftaran


Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut: